Anda telah mula memikirkan tentang kehidupan selepas sekolah menengah: apakah hala tuju seterusnya? Jurusan yang mana perlu anda ambil? Institusi yang manakah bertepatan dengan tuntutan kewangan dan kemahiran anda?

Pendidikan tinggi yang berkualiti mampu membantu anda untuk mencapai matlamat hidup yang lebih besar. Closing The Gap Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu anda membuat beberapa keputusan yang paling penting dalam hidup anda.

Pek Sumber Ini

Dikuasakan oleh Closing The Gap Malaysia, Pek Sumber ini mengandungi nasihat, maklumat, dan peluang buat lepasan sekolah menengah untuk lebih cakna dengan hal ehwal pendidikan tinggi.

Versi terkini Pek Sumber ini boleh didapati di sini - klik pautan untuk mendapatkan akses penuh kandungan.

Manfaat Pek Sumber

Direka untuk membantu anda merancang perjalanan pendidikan anda secara lebih teratur, Pek Sumber ini dibahagikan kepada empat bahagian seperti yang tertera di bawah.

Untuk pengalaman yang lebih peribadi, terokai Pek ini dan selaraskan maklumat yang terdapat dalam Pek ini mengikut keperluan diri anda.

Bahagian 1: Siapa saya?

Memetik kata-kata sejarawan George Santayana — 'Untuk mengenali masa depan, anda seharusnya mengenali kisah silam anda terlebih dahulu'. Imbas kembali pengalaman suka duka anda dan hayati bagaimana pengalaman tersebut mempengaruhi anda dalam merangka Peta Kehidupan anda.

Peta Kehidupan

Terdapat pelbagai peluang pasca-SPM yang menanti anda. Setiap kursus mempunyai faedah dan cabaran tersendiri. Di sini, gambaran keseluruhan landskap pendidikan tinggi di Malaysia akan disajikan - pastikan anda membuat penyelidikan sendiri untuk memahami sepenuhnya pilihan mana yang terbaik untuk anda!

Apakah Pasca SPM/STPM?

Bahagian 2: Ke manakah hala tuju saya?

Sebaik sahaja anda mengenal pasti aspek yang membentuk diri anda sehingga ke hari ini, apakah langkah seterusnya yang perlu anda lakukan? Ke manakah arah tuju anda? Apa peranan yang anda ingin mainkan? Apabila anda membayangkan masa depan anda - pekerjaan atau universiti apa yang terlintas di fikiran anda? Anda mahu dikenali sebagai seseorang yang bagaimana? Gunakan alat TIM dan ujian RIASEC untuk membantu anda menjawab semua persoalan ini.

Apakah yang ingin anda pelajari?

Anda telah pun mengenal pasti beberapa pilihan yang anda inginkan, kini anda memerlukan sedikit dorongan dalam perjalanan anda. Salah satu langkah bagi menjamin perjalanan pendidikan yang berkualiti adalah dengan menerima biasiswa. Biasiswa bukan sahaja dapat membantu dari segi kewangan tetapi juga dalam memperbaiki aspek-aspek lain sepanjang anda menjalani kehidupan di universiti. Berikut merupakan senarai penyelidikan yang boleh anda pertimbangkan untuk permohonan biasiswa. Penyelidikan merupakan kunci kepada kejayaan!

Pengenalan Kepada Biasiswa

Bahagian 3: Bagaimanakah saya boleh ke sana?

Permohonan biasiswa merupakan satu proses yang panjang dan mencabar, namun jangan risau. Dalam bahagian ini, kami akan menerangkan tentang cara penulisan esei permohonan biasiswa. Penulisan esei agak mencabar tetapi kami akan membantu dan membimbing anda untuk menghasilkan esei permohonan biasiswa yang terbaik.