© Closing The Gap 2021
<aside> 📢 Bak kata sejarawan George Santayana — 'Untuk mengenali masa depan, anda mesti mengenali kisah silam anda'. Imbas kembali pengalaman suka duka anda dan hayati bagaimana pengalaman tersebut mengubah anda apabila anda merangka Peta Kehidupan.
</aside>
Peta kehidupan merupakan garis masa visual yang mencatatkan detik-detik penting dalam kehidupan anda dari masa anda dilahirkan hingga kini.
Terdapat pelbagai kegunaan peta kehidupan termasuklah:
Langkah ****1️⃣: Lukis garis masa dan nyatakan detik-detik penting dalam kehidupan anda.
Jangan ragu untuk memasukkan seberapa banyak detik yang anda suka; detik-detik ini tidak semestinya pengalaman yang positif.
Langkah ****2️⃣: Hubungkan pengalaman anda dengan kemahiran yang diperoleh.
Sebagai contoh, (Pengalaman) Berada dalam pasukan debat dan menyertai pertandingan pengucapan awam mengajar saya (kemahiran) komunikasi yang baik dan nilai organisasi.
Langkah ****3️⃣: Gunakan peta kehidupan untuk membantu anda mengenal pasti jurusan atau pilihan kerjaya anda.