© Closing The Gap 2021
<aside> 📢 Terdapat banyak peluang pasca SPM untuk anda. Setiap kursus mempunyai faedah dan cabaran yang tersendiri. Di sini, kita akan melihat gambaran keseluruhan landskap pengajian tinggi di Malaysia - pastikan anda membuat penyelidikan sendiri untuk memahami sepenuhnya pilihan mana yang terbaik untuk anda!
</aside>
📌 Sekiranya anda ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, terdapat pelbagai langkah yang terbuka untuk anda. STPM adalah contoh kursus pra-universiti.
<aside> 💡 Anda boleh memilih untuk mengambil program Gap year atau menjalani program latihan kemahiran untuk mengembangkan potensi diri dan mengasah kemahiran serta minat anda. Anda boleh mengambil masa untuk merancang langkah seterusnya dalam perjalanan pendidikan anda. Nikmati saja proses dan perjalanan anda.
</aside>
📌 Cabaran utama adalah memilih jalan yang sesuai dengan minat dan keperluan semasa anda. Buat keputusan yang terbaik untuk diri anda!
Dengan begitu banyak pilihan, bagaimana anda mengenal pasti pilihan yang terbaik untuk anda? Setelah menyenaraikan semua laluan dan pilihan kursus yang ingin anda terokai, apakah langkah seterusnya?
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menentukan jenis profil pelajar anda. Hal ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan dan mengetahui lebih lanjut mengenai alasan anda ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.
Setelah menentukan Profil Pelajar anda, fikirkan lokasi, pembelajaran, dan gaya hidup yang anda inginkan. Tiga perkara ini boleh membantu anda untuk memahami perkara yang paling penting semasa membuat keputusan mengenai universiti.
Akhir sekali, adalah penting untuk mengenal pasti halangan yang mungkin akan mengubah pilihan anda.