© Closing The Gap 2021
Biasiswa ialah suatu bentuk bantuan kewangan yang disediakan kepada pelajar untuk membantu membiayai pembelajaran pelajar di institut pengajian tinggi.
Memilih biasiswa yang sesuai dengan profil akademik dan memenuhi minat serta keperluan anda merupakan satu proses yang mencabar.
Memandangkan terdapat pelbagai pilihan biasiswa, bagaimanakah anda mengenal pasti pilihan yang terbaik untuk diri anda? Di bawah merupakan beberapa langkah yang boleh anda pertimbangkan untuk membantu anda memilih biasiswa yang ingin dipohon:
Langkah 1️⃣: Semak sekiranya anda layak untuk memohon biasiswa tersebut.
‘Kelayakan’ bermakna anda mampu memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sebagai seorang calon:
Langkah 2️⃣: Semak jenis perbelanjaan yang ditampung oleh biasiswa tersebut.
Biasiswa-biasiswa yang berbeza menampung perkara yang berlainan dan adalah lebih baik untuk mengetahui perkara tersebut supaya anda boleh merancang perbelanjaan dengan lebih baik.
Langkah 3️⃣: Ketahui keperluan hubung kait, jika ada.
Beberapa pelajar melihat hubung kait ini sebagai sesuatu yang baik. Hal ini demikian kerana ia bermaksud yang anda telah mendapat tempat / kerja selepas tamat pengajian. Namun, ada juga yang melihatnya sebagai suatu rintangan. Walau bagaimanapun, pastikan anda telah memahami segala syarat terlebih dahulu sebelum membuat pilihan yang besar!